The Frozen Tongue :: I may have trouble,... talking! , but I have no trouble at all,.. writing ! ~ I suggested to write my life on blog.. so here goes...

musick makes me sick??

dengar bunyi ayam berkokok
mata dah mengantuk

hati sangat runsing

mereka sudah lena
asyik dengan mimpi

saya maseh lagi disini
berdepan denagn teknologi
asyik dengan bunyi


musick bagi makan??
musick bagi tidur??
musick bagi duit??

jangan jadi hamba musick

:p .. eh iye ker ni?



neva lah oi

Peace Out!!

dekgedek


Peace be upon you guys...ha ha nak tahu?Ini lah niece saya.I just call her Anya..(opah dia iaitu bonda saya selalu panggil dia Dekgedek..kelakar wei)

Alah gigi bari tumbuh dua 'ketul'. Anya nie manja. Dulu 'beliau' ni paling tak suka 'makhluk asing' ...iaitu saya.

Sebab mak bela Anya.Saya pula tak selalu ada kat rumah.
Masa cuti je baru balik.Sebab itu lah saya dikategorikan sebagai makhluk asing dalam rumah parents saya sendiri oleh si Anya yang separa bOtak

Namun, baru-baru ni dia dah kenal saya.Manja! Manja! Siap bulih tidur atas riba lagi.Wah beria betul Anya ni.
Hak hak. Anya ni nama penuh dia memang sangatlah penuh kat surat beranak.Pepanjang dan nama dia ada macam nama aktres bollywood si Aishwarya rai..nak tahu apa nama penuh dia...Hoo gi la tanya kat JPN...




Ala saja je tetiba tulis pasal dia. Bagi dia famous sikit.Sikit jer la.Tak bulih banyak-banyak.nanti overshadow pulak(perggh menyampah gila nak type perkataan ni sebenarnya)

baiklah.Sampai disini sahaja entry saya kali ini.

Okek i luv u guys sampai syurga?
Hak hak not sure.

Peace Out.

jumaat yg baik

Assalamualaikum…
Hoo hoo today semua students SARJANA akan balik hometown
(ipohmali ipoh ipohmali- Point Blanc )
Tahniah tahniah Lepas ‘Jumaat’ babe! Sudah bulih gerak gerak .
Tapi Ahad dah kena balik ke SARJANA balik…
Ala terkelam kabut jadinya.


fesyen jumaat saya..nguah nguah nguah

----------------------

Hoh Dilah(adex saya) sudah beli pipon (cell phone) baru!
Ececeh ..ada rasa bangga dan riak yang mendalam sudah mula menular dalam diri dia.
W595.. (macam best kah?kah? kah?)

Dia sarankan saya supaya saya pun ikut jejak langkah dia.membeli belah… yakni
Membeli pipon baru dan membelah pipon lama.(ayat ni saya pandai-pandai tukar seniri)

Sebab utama,
pipon yang sedia ada adalah hadiah daripada seseorang tunang orang..
Woo woo… seperti kata encik Biawak .. “dah orang nak bagi,kalau Encik biawak pon Encik Biawak amik”

Sebab kurang utama pulak…pipon ni sudah hampir-hampir tertanggal button nye
(kalau bahasa indahnya : lebey kurang terpeleot la) ..kesan daripada kekurangan serapan hentakan pipon tersebut ke lantai..sebanyak 7 kali berturut-turut (duble triple hatrick dah ni)

Ahaha.. ada rasa MACAM nak tukar lah ini pipon.
Namun kewangan saya tidak membenarkan saya berbuat sedemikian buat masa terdekat ni.
Agak-agak lah kan lepas ni saya nak tukar pipon model ape ye?
Jawaban nya :
Sony Ericsson Fev-ver Forev-ver..Ev-ver (paham kah camana nak pronounce it?)
Haa…

Gitulah…haa (kebende cik yui mepek nih?)
Hak hak hak banyak merepek ini entry..
Okek okek
Peace out!!



x X x


itu lah picture saya sebelum g medical checkup kat Pantai Putri last month...
nampak macam pretend je senyum tu..
padahal dalam hati dah cuak..
sekarang ni saya terus teruskan juga hidup dengan penuh gumbira
tak mahu fikir lebih-lebih

hari-hari juge hidup saya semakin sibuk
begitu banyak komitmen..
yang harus dijaga dengan sesangat baik

so pardon me guyz..sebab dah lama tak semes2 macam dulu
pantang ada je incoming messages
selang sesaat reply
kan...kan
so harap kamu semua faham situasi saya sekarang ni..

okek

peace out

glory glory victory

wow ini hamper naib juara(sebelum dirabak oleh member-member)


sesi bergambo pemenang dan kelab kipasnya



mari mari semua mamam (muka ketat jerr mcm tak iklas kan?)


kehancuran 'hamper' (sodap weh)



assalamualaikum

hureyyy
yes..
hari itu tournament bowling ..
saya berjaya dapat tempat kedua kategori wanita...
(keputusan dan hadiah lewat diberitahu)
wah ada rasa macam tidak percaya
namun...
heheh AKU BANGGA...(sebab tak reti maen pun bulih menang)

Bluwekk

10 February 2009

Selasa.
Pagi.
Hari ini sedikit bosan.Macam tiada apa-apa yang akan berlaku.

Setelah pulang dari bercuti selama 3 hari, mood pun susah nak on.
Semalam tak cukup tidur.Dapat tidur 5 jam je. Kepala pun dah macam miring je.

Fuh susah nak cakap. Haa tadi pun bangun lambat .Pukul 7.15.

Nasib baik hari ini ‘ABC’ .Tak perlu nak terkejar-kejar bangun subuh.

Pagi-pagi lagi dah kena menelan minyak kelapa dara. Itupun dah 3 hari saya tak telan benda tu.

Bila balik hometown kan. Semua benda nak dibuat. Sampai makan ubat pun boleh lupa…

Bengang. Wifi kat Sarjana dah pulih dari koma. Laptop pulak tak bawak. Entah. Saje. Malas nak mengusung laptop tu ke sana ke mari. Kalau tak… boleh jugak saya update software antivirus saya yang dah berzaman tak diupdatekan.

Hah movie GENG- upin dan ipin (betul betul betul) keluar 12hb. Ni.. Eh rasa macam nak pergi tengok lah. Boleh ke? Eh boleh la kot. Tapi nak ajak siapa?
Encik Biawak?
Nope.
Dia tak akan balik hometown sampailah dia habis final exam.
Seorang diri la saya mamam popcorn ..gelak evil kat dalam panggung tu.
Ala… sian Encik Biawak tak dapat tengok .

Study smart Encik Biawak.
I will always pray for you and I am truly understand about your situation right now.
Saya takkan bersedih walaupun Encik Biawak tak dapat temankan saya.
Saya mahu jadi orang yang bertimbangrasa.
Boleh kan Encik Biawak…….

To Encik Biawak , pesanan saya :

“ En. Biawak jgn slu ‘tercekik’ eh… mamam tu baca bismillah dlu. Study smart. Complete ur mission and strive 4 da bestest result.ingat its all about ur future. Musti slu berusaha n say ur prayer then baru bulih berjaya..kan kan kan….”

Juz go to heck

6 February 2009

Assalamualaikum…

What would you do…if your housemate difitnah oleh someone yang kamu kenal tapi tak kenal rapat?
Ada rasa macam berangin satu badan tak?
Atau rasa nak pijak-pijak dia dari jarak jauh??

Betul….
Inilah yang berlaku kepada diriku baru-baru ini.
Mula-mula tu memang malas nak ambil pusing 45 degree or 90 degree?

Tapi ni semua melibatkan maruah seseorang.
Hamper juga saya terpedaya dengan fitnah itu.
Nasib baik saya telah mengambil pendekatan yang sangat bijak dengan mengatur satu strategi sulit bersama housemate saya tu.
Pergggh macam mission impossible
Tapi yang ni mission utterly and completely possible.

As usual segala masalah akan saya rujuk kepada Encik Biawak.
Encik Biawak banyak membantu saya dalam apa jua keadaan.
Wahhhh thanks hell lot Encik Biawak ..
Encik Biawak juga agak sedikit kurang setuju dengan tindakan saya memperkenalkan housemate saya dengan that guy a.ka. pemfitnah tersebut.
Sekarang ape sudah jadi…..
Kan dah jadi big issue..

Hah ape punye busuk la itu laki-laki.
Even Encik Biawak yang bernama biawak tu pun tak busuk macam biawak.
Malah terlebih-lebih wangi.

Biar la.Dosa dia yang tanggung.Malas nak mencari kesahihan yang jitu.
Untuk si pemfitnah…. the verdict is gulty!!!!

Lantak kau..kau sekarang dah jadi pembunuh (sebab dosa memfitnah sama je macam dosa membunuh)

Hak hak hak hak hak hak…

p/s : petang ni ada tournament bowling . Alamak dah la lama tak main..tak mahir…tak setahap terrorist..Boleh menang tak?

have a nice ordinary day

5 Feb 2009

Assalamualaikum,

Pleasantly surprise!!
Betul-betul teruja sebab hari ini Encik Biawak bangun awal dan sempat mengirim SMS buat saya yang berbunyi

“Dot Dot,Gudmorning”

Hayy hayy teruja .
Sangat teruja.
Gumbira rasanya .
If only I can berguling-guling gumbira but I didn’t.
As usual, saya akan breakfirst kemudian pergi ke sekolah dan terus ke library.
Very much routine..right?

Tak tahu nak buat apa hari ini.
Semalam Ayong ada bagi pinjam DVD…takpe walaupun cerita lama – A Bug’s Life , akan saya layan juga dengan penuh kusyuk dan concentrate.

Bugs??
Ouh baru ku iingat.. bilik Angah hari itu memang penuh dengan pepijat.
Mungkin factor dan suasana bilik nye yang terlalu panas manakala pada waktu malam agak lembab (sebab dia selalu guna air-cond)
so para pepijat amat senang untuk menghuni biliknya or lebih tepat lagi tilamnya yang empuk itu.
Takpe dengan menonton movie A BUg’s Life ini…
maka probably and possibly for me to know better about bugs and manalah tahu kot saya akhirnya dapat tahu bagaimana caranya nak menghapuskan pepijat yang durjana itu. Harapan lah.. mane ada kena -mengena pun....

haha peace out!!

devil may care

4 Februari 2009
10.00 pagi

Assalamualaikum,

Hari ini saya macam biasalah bangun seawal 6.15 pagi.Perlu bersiap-siap pergi ke sekolah.Um..takde cuti-cuti lagi dah.

Paling tak best sebab semalam dah dapt pun keputusan ECG. Sempat juga saya mencari sebuah kamus Medical Dictionary di perpustakaan untuk mengetahui apakah sebenarnya ECG tersebut. ECG bermaksud electrocardiogram. Hak hak.


Alamak! Sama je keputusannya.Still abnormal. Dr. Rosy menyarankan saya supaya bertemu dengan doktor pakar sakit jantung (cardiologist ) untuk membuat pemeriksaan cardiotography yang lebih terperinci.Ceyy lama-lama saya pun bisa menjadi seorang doctor..Eceh..

Entahlah… semuanya perlu mengeluarkan duit yang banyak.No fulus no specialist.Government or private.Asyik kena keluar duit je.
Kadang-kadang rimas pun ada.Mak dan Abah pun tak tahu nak buat macam mana lagi.Duit.Duit.Duit.Semua melibatkan duit.

Jalan penyelesaiannya, semalam saya telah membeli sebotol minyak kelapa yang masih dara sebagai solution untuk saya mengembalikan keadaan tubuh badan saya kembali kepada normal.Mana tahu mungkin perubatan secara tradisoinal lebih mujarab berbanding perubatan moden yang menggunakan bahan kimia sebagai bahan utamanya.


InsyaAllah.Arggh bukan boleh pakai sangat obat-obatan moden ni..Karang ketagih pulak.Payah.
Saya sudah pun menceritakan kedudukan yang sebenar kepada Encik Biawak .Dia banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya supaya tidak terlalu memikirkan hal tersebut. Dia juga sentiasa berdoa supaya saya tidak mengalami sebarang sakit yang kronik.
“Everythings is gonna be okay.”




hidup musti happy2 selalu

Kata-katanya itu memberi semangat untuk saya meneruskan hidup ini dengan lebih ceria, gila-gila atau kadangkala menjagi sedikit senget pun ada.Hak hak(gelak pendek).


Kesimpulannya, saya malas nak fikir banyak,banyak, banyak sangat pasal benda-benda remeh ni.Enjoy...



Peace out!!!